Golongan kaya pilih hantar anak ke MRSM berbanding swasta ini puncanya

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran

Pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas,

Mereka yang mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.

Golongan kaya pilih hantar anak ke MRSM berbanding swasta ini puncanya

Menerusi satu wawancara, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr. Asyraf Wajdi menyatakan asal usul MRSM ditubuhkan adalah untuk membantu majoriti anak-anak Melayu pada waktu itu datang dari keluarga berpendapatan rendah.

Bagaimanapun kini dikatakan ramai ibu bapa dalam kalangan berpendapatan tinggi sanggup menghantar anak mereka masuk ke MRSM berbanding sekolah swasta. Antara faktorny adalah kerana mereka mahu mengajar anak-anak mereka tentang kesukaran hidup.

@sinarharianonlineMRSM untuk B40 sahaja? Saksikan petikan-petikan menarik panel jemputan dalam program Wacana Sinar edisi 426 bertajuk “MRSM UNTUK B40 SAHAJA?” di semua platform digital Sinar Harian. UNTUK VIDEO PENUH: YOUTUBE: https://www.youtube.com/watch?v=qgU8Ns0taQI FACEBOOK: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/925373059172999/ TWITTER: https://twitter.com/SinarOnline/status/1742162065866002714 #WacanaSinar #SinarHarian #SinarTerkini

♬ original sound - Sinar Harian

Presiden Anak Sains Mara (Ansara) Malaysia, Mohd Fadzil Yusof berkata, institusi pendidikan itu dilihat sebagai tempat sesuai bagi anak mereka bergaul dengan pelajar lain daripada pelbagai latar belakang.

“Di sekolah swasta, kos pembelajaran sampai RM3,000 sebulan.

“Kalau mereka (ibu bapa T20) mampu untuk hantar anak ke sekolah swasta, kenapa mahu berebut masukan ke MRSM?

“Saya tertanya-tanya kenapa golongan (T20) itu nak hantar anak-anak ke MRSM, dan jawapan yang diterima mengejutkan saya iaitu nak ajar anak untuk hidup susah.

Institusi terbaik berkawan dengan golongan B40
“MRSM kononnya menjadi tempat terbaik untuk anak mereka berkawan dengan golongan B40,” katanya.

Sementara itu, Mohd Fadzil turut mencadangkan golongan T20 membayar kos pembelajaran di MRSM berbanding menubuhkan sekolah swasta di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Katanya, banyak proses yang perlu dilalui sekiranya ingin memulakan perniagaan dan kemungkinan sekolah swasta tersebut tidak dinamakan MRSM.

“Kita ada had dan kekangan tertentu yang membataskan corak perniagaan yang macam mana.

“Kita boleh melaksanakan kemasukan berbayar, berbeza dengan sekolah berbayar,” ujarnya

BACA: Amal 7 senaman ringkas ini terus boleh ucap selamat tinggal ‘double chin’

Kongsi Artikel ini :