Gempar !!! Umno cadang tubuh kerajaan perpaduan

Umno

Umno cadang tubuh kerajaan perpaduan. Ketika negara menjangkakan pengunduran Muhyiddin Yassin, ahli majlis kerja tertinggi (MKT) Umno Johari Abdul Ghani berkata tiada calon perdana menteri yang layak berikutan jumlah sokongan majoriti yang belum cukup.

Bimbang dengan keadaan ekonomi dan kesihatan negara, dia mencadangkan parti-parti politik menubuhkan kerajaan perpaduan dikendalikan oleh ahli parlimen yang diterima oleh semua.

“Realitinya, tiada gabungan politik mempunyai majoriti kerusi yang mencukupi dan tiada siapa pun yang boleh mengumumkan pilihan raya umum diadakan pada masa ini.

“Oleh itu, tiada calon perdana menteri yang jelas ketika ini,” ciapnya di Twitter semalam.

Sebelum ini, Muhyiddin dikatakan hilang majoriti selepas 15 ahli parlimen Umno menarik sokongan.

Dalam usaha untuk mendapatkan semula majoriti, Muhyiddin menawarkan pelbagai cadangan reformasi untuk mendapatkan sokongan ahli parlimen pembangkang tetapi ditolak.

 Umno

Tawarannya termasuk dana yang sama untuk ahli parlimen pembangkang dan reformasi yang telah lama dilobi oleh pembangkang, seperti had jangka waktu untuk perdana menteri, undang-undang antilompat parti, dan komposisi jawatankuasa pilihan parlimen yang lebih inklusif.

Mengulas lanjut mengenai cadangannya itu, Johari berkata parti-parti politik dalam kerajaan perpaduan itu perlu mencapai kata sepakat berhubung tempoh dan objektif penubuhan kerajaan tersebut.

Bekas menteri kewangan II itu membahagikan kepada empat aspek utama iaitu pandemik Covid-19, kebajikan rakyat, pengurusan kewangan kerajaan dan pemulihan ekonomi.

“Keutamaan haruslah mengeluarkan negara daripada pandemik Covid-19 dengan mencapai imuniti kelompok melalui vaksinasi yang cepat.

“Kerajaan baru juga perlu memastikan ketelusan pengurusan dan pengagihan vaksin.

“Pada masa sama, kerajaan baru juga perlu memberikan keutamaan kepada kebajikan rakyat yang sedang menderita sewaktu pandemik susulan daripada salah urus tadbir,” katanya.

Tambahnya, dari segi ekonomi pula perniagaan perlu dibenarkan beroperasi semula secepat mungkin dengan garis panduan yang sangat ketat.

“Kita tidak mampu untuk mengulangi kesilapan 17 bulan lalu, yang menyaksikan kita semua kehilangan kelebihan dari segi ekonomi yang menyebabkan tiada daya saing dan ketidakstabilan berikutan tindakan kerajaan PN,” katanya.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/587363

BACA: Kembali ke pangkal jalan, perbetul pengkhianatan yang telah dilakukan

Artikel ini disiarkan pada 16/08/2021

COMMENTS

Wordpress (0)