Gempar !!! SPRM tahan 2 pegawai Maqis Johor berhubung isu kartel daging

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan dua Pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor pada Khamis kerana disyaki terlibat rasuah dalam melindungi kegiatan kartel import daging haram.

Kedua-dua pegawai berkenaan yang berumur 27 dan 31 tahun ditahan di Pejabat SPRM Johor di sini pada malam Rabu bagi membantu siasatan.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut, bagaimanapun enggan mengulas lanjut berikutan kes masih dalam siasatan.

Kedua-dua pegawai berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada pagi Khamis untuk permohonan reman.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/117929/BERITA/Semasa/Kartel-daging-haram-SPRM-tahan-dua-pegawai-Maqis-Johor