Gempar !!! Setelah idea Mageran diumum Tun M, Muhyiddin umum rangka Pelan Pemulihan Negara

Kerajaan sedang merangka pelan pemulihan negara sebagai persiapan untuk Malaysia keluar daripada pandemik Covid-19 pada satu peringkat yang munasabah, kata Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, pelan yang dibuat berdasarkan data, sains dan segala persiapan, termasuk dari segi pengurusan Covid-19, ekonomi dan program vaksinasi itu akan dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam tempoh seminggu akan datang.

“Beberapa menteri utama yang terbabit sudahpun duduk membentangkan secara kasar kepada saya. Pada dasarnya baik, tetapi belum lagi diperhalusi.

“Sudah sampai masa kita nak tetapkan satu ‘exit strategy’ atau pelan pemulihan negara untuk kita keluar daripada masalah ini, tetapi ini adalah cabaran yang besar bergantung kepada kerjasama dan sokongan semua pihak.”

Beliau berkata demikian selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) bergerak di projek perumahan rakyat Sri Johor di Bandar Tun Razak, di sini, hari ini yang turut disertai Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/13/putrajaya-rangka-pelan-pemulihan-negara-keluar-daripada-covid-19/