Gempar !!! Rakyat Malaysia pertama dikesan positif Covid-19 varian India

Seorang rakyat tempatan menjadi individu pertama di negara ini dikesan dijangkiti varian Covid-19 dari India, B.1.671.2

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, individu berkenaan merupakan kontak rapat kepada warga India yang sama-sama menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Labuan pada 23 April lalu.

“Warga India tersebut telah dikesan positif Covid-19 sewaktu dalam tempoh kuarantin,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, warga tempatan itu mempunyai gejala pada 3 Mei dan menjalani ujian RTK-Ag pada hari yang sama.

“Dia dikesan positif menerusi ujian calitan RT-PCR pada keesokan harinya,” katanya.
Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/140472/KHAS/Covid-19/Rakyat-tempatan-pertama-dikesan-dijangkiti-varian-India

COMMENTS

Wordpress (0)