PRU15 seawal September atau Oktober?, Ini buktinya…. Kemelut politik yang sedang melanda negara ketika ini tidak menampakkan adanya satu jalan keluar yang konkrit untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil.
Dengan tekanan akibat kegagalan kerajaan menangani COVID-19 serta tekanan politik kuasa dari luar dan dalam, hayat politik Mahiaddin dan kerajaan PN nampaknya sudah hampir ke penghujung.
Semua talian hayat nampaknya telah digunakan oleh Mahiaddin dan talian hayat terakhir adalah dengan melantik Ismail Sabri sebagai TPM dan Hishammuddin sebagai Menteri Kanan.
Namun ia nampaknya juga tidak berjaya meredakan keadaan apabila Umno mengumumkan penarikan diri dari menyokong kerajaan PN dan tidak lagi menyokong Mahiaddin sebagai PN.
Mahiaddin tahu bahawa hayatnya dan kerajaan PN kini ibarat telur dihujung tanduk.
Apatah lagi sidang parlimen akan berlangsung 25 Julai ini, dan inilah ujian terbesar yang sebenarnya paling menakutkan beliau kerana ianya mungkin menjadi penamat buat semua kemelut politik yang sedang berlaku ini.
Beberapa indikasi yang sedang berlaku menunjukkan Mahiaddin sebenarnya sedang membuat persiapan untuk membubarkan parlimen dalam masa terdekat bagi membolehkan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan secepat mungkin.
Ya, PRU15 akan diadakan seawal bulan September atau Oktober 2021.
Indikasi pertama adalah apabila Mahiaddin umumkan penghapusan hutang para peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion beberapa hari lalu.
Satu pengumuman yang sangat ditunggu-tunggu oleh para peneroka yang belum pernah dibuat oleh mana-mana perdana menteri sebelum ini.
Kenapa Felda? Kerana terdapat 52 kerusi parlimen melibatkan tanah rancangan Felda. Inilah sasaran utama Mahiaddin untuk PRU15 kerana bersatu adalah parti Melayu dan kerusi Felda adalah kerusi Melayu.
Indikasi kedua adalah apabila kapasiti vaksinasi harian tiba-tiba ditingkatkan secara mendadak dan telah mencapai 350,000 suntikan sehari.
Untuk mengadakan pilihan raya, Mahiaddin tahu bahawa sekurang-kurangnya 60 peratus rakyat telah divaksin.
Namun, sehingga kini Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) melaporkan lebih 10 juta populasi telahpun menerima vaksin.
Dengan kapasiti 350,000 suntikan sehari, bermakna kerajaan hanya memerlukan lebih kurang sebulan atau sebulan setengah lagi untuk mencapai sasaran 60 peratus.
Ini selaras dengan kenyataan Khairy yang juga menteri vaksin bahawa negara dijangka capai 60% vaksinasi untuk populasi menjelang hujung September 2021.
Dua indikasi ini sangat kuat bahawa PRU15 akan berlaku seawal September atau Oktober 2021.
Lalu bgaimana PRU15 akan berlaku?
Persidangan Parlimen 25 Ogos ini adalah pintunya.
Apabila berlaku apa-apa undian dan terbukti Mahiaddin hilang majoriti, beliau akan menasihatkan Yang diPertuan Agong untuk membubarkan parlimen.
SPR akan bersidang dan PRU akan berlangsung dalam tempoh 60 hari. Mahiaddin akan mengetuai kerajaan sementara atau caretaker government.
Menuju tempoh itu, jumlah vaksinasi rakyat mungkin telahpun berjaya capai atau melebihi 60 peratus. Jadi tiada masalah untuk PRU15 diadakan.
Dan ya, segala move oleh Umno dan mana-mana gabungan politik untuk menukar perdana menteri pada waktu ini adalah sebenarnya tidak akan memberi apa-apa kesan kerana PRU15 telah ditetapkan.
Sumber :
BACA JUGA :Â Panas !!! Netizan mula kecoh bila shopping mall di KL dibenar beroperasi