Gempar !!! 4 bulan diperlukan untuk landaikan keluk jangkitan – Dr Hisham

Gempar !!! 4 bulan diperlukan untuk landaikan keluk jangkitan – Dr Hisham

Keluk jangkitan Covid-19 negara dijangka dapat dilandaikan dalam tempoh antara tiga ke empat bulan akan datang jika masyarakat terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dan mengamalkan budaya duduk di rumah jika tiada keperluan untuk keluar.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, strategi tindakan kesihatan awam dan program vaksinasi secara besar-besaran yang giat dilaksanakan kerajaan ketika ini juga dapat membantu melandaikan keluk jangkitan itu.

“Kementerian Kesihatan (KKM) perlu guna pendekatan tindakan kesihatan awam dan mempertingkatkan vaksinasi supaya dapat memberi perlindungan dalaman kepada orang ramai.

“Insya-Allah dengan kedua-dua strategi ini, kes diharap dilandaikan dalam tempoh tiga ke empat bulan lagi,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, tempoh dua minggu sepanjang pelaksanaan sekatan pergerakan penuh bermula Selasa ini perlu dibuat untuk memberi ruang kepada pemulihan sistem kesihatan negara yang kini tenat selain membolehkan petugas barisan hadapan berehat.

“Tempoh ini juga untuk membantu tindakan kesihatan awam seperti saringan bersasar ujian RTK Antigen di lapangan. Kita akan cari, kesan dan uji sebelum kes-kes positif diasing dan diberi rawatan.

“Seterusnya KKM melihat kepada strategi mempertingkatkan kawalan keselamatan negara lebih-lebih dengan penularan varian-varian baharu termasuk varian kacukan India dan United Kingdom di Vietnam yang mungkin lebih cepat merebak dan membawa banyak kematian,” katanya.

Noor Hisham berkata, bagaimanapun varian yang dilaporkan merbak pantas menerusi udara itu belum lagi dikesan di negara-negara lain termasuk Malaysia.

“Jadi Malaysia akan mempertingkatkan kawalan sempadan antarabangsa dan saringan untuk menghalang varian ini masuk ke dalam negara,” katanya.

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/05/30/tempoh-empat-bulan-landaikan-keluk-jangkitan/