Gempar !!! 4 Adun kerajaan Melaka umum hilang kepercayaan terhadap Ketua Menteri

4 Adun kerajaan Melaka umum hilang kepercayaan terhadap Ketua Menteri.Adun Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron bersama tiga lagi wakil rakyat kerajaan umum tarik sokongan kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan mendakwa kerajaan negeri Melaka telah tumbang.

Persoalan mengenai politik Melaka terjawab apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan mengumumkan hilang kepercayaan dengan kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Empat ADUN itu termasuk bekas Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas – Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas).

Idris yang mengetuai sidang akhbar itu berkata, mereka telah menghantar surat menarik sokongan kepada Pejabat Ketua Menteri pada Isnin.

“Saya bersama empat wakil rakyat ini mengumumkan kami hilang kepercayaan kepada kepimpinan Sulaiman serta seluruh barisan kerajaan negeri sekaligus kami akan mencari jalan untuk memberikan peluang kepada kerajaan negeri ini untuk ditubuhkan,” katanya ketika sidanv akhbar di sebuah hotel di sini, pada Isnin.

 

Adun

“PH negeri didakwa telah mempunyai bilangan akuan bersumpah (SD) yang cukup untuk membentuk kerajaan negeri baharu,” lapor Sinar Harian Online hari ini.

 

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/165013/BERITA/Politik/4-ADUN-Melaka-umum-hilang-percaya-terhadap-Ketua-Menteri

BACA: Kebenaran rentas negeri makin hampir, kata PM