Gara-gara penat ‘melayani’ suami, pengantin baru seminggu kahwin menangis undang reaksi netizen

Gara-gara penat ‘melayani’ suami, pengantin baru seminggu kahwin menangis undang reaksi netizen.

Bila dah berumah tangga, pasangan suami isteri mempunyai satu tanggungjawab baru yang harus dipikul.

Mereka mula berdikari dan tak lagi bergantung dengan orang tua seperti waktu bujang dahulu.

Gara-gara penat 'melayani' suami, pengantin baru seminggu kahwin menangis undang reaksi netizen

Seperti video viral di TikTok ini, seorang wanita menangis mengadu letih selepas seminggu berkahwin. Menurut pengantin baru itu, selama dia hidup segala urusan rumah termasuk memasak disediakan oleh ibu.

Bila berkahwin, dia mula belajar bangun pagi untuk menyediakan sarapan kepada suami. Wanita itu merindukan rutin bujang di mana dia bangun pada pukul 11 pagi.

Penat urus orang. Biasa ibu yang uruskan semuanya. Bangun pagi-pagi mengantuk. Selalu bangun pukul 11 dan makanan dah ada atas meja.

@baihakidisini lucuu bangett istrikuuu 😅 #fyp #foryoupage #couple ♬ Backsound Lucu – Faid rafanda

Dengan linangan air mata, si isteri berkata dia sangat mengantuk dan meminta suami untuk menyediakan makanan sendiri.

Namun, suami memujuknya berkata lama-kelamaan isteri akan terbiasa dengan rutin baru itu.

Setakat ini, video perkongsian itu telah mendapat lebih 44 juta tontonan dan 80,000 komen.

Rata-rata meluahkan rasa terhibur melihat gelagat pengantin baru itu. Tak kurang juga yang bimbang dengan nasib mereka apabila berkahwin kelak. Iyalah, bila dah kahwin mana boleh buat perangai bujang ye dak?

BACA:

Polis rebah ketika perbarisan istiadat pembukaan DUN Sarawak, tindakan wakil rakyat ini undang pujian netizen

Sedap tapi mahal macam nak pergi haji balik hari, ini sebab kenapa harga popcorn di panggung wayang mahal