Polis rebah ketika perbarisan istiadat pembukaan DUN Sarawak, tindakan wakil rakyat ini undang pujian netizen

Oleh MHDAILY

Polis rebah ketika perbarisan istiadat pembukaan DUN Sarawak, tindakan wakil rakyat ini undang pujian netizen.

Bantu Angkat Anggota PGA Rebah Ketika Perbarisan, Tindakan ADUN Nangka Ini Dipuji Netizen.

Hari ini berlangsungnya Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 selama lapan hari sehingga 24 Mei ini.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Polis rebah ketika perbarisan istiadat pembukaan DUN Sarawak, tindakan wakil rakyat ini undang pujian netizen

Persidangan itu dimulai dengan Istiadat Pembukaan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak dihidapan pintu masuk DUN.

Bantu Angkat Anggota PGA Rebah Ketika Perbarisan, Tindakan ADUN Nangka Ini Dipuji Netizen. Kredit: Bernama

Semasa berlangsungnya istiadat tersebut, majlis itu dikejutkan dengan satu insiden dimana salah seorang anggota PGA rebah dan pengsan semasa perbarisan.

Pantas bantu bangunkan ahli PGA yang rebah
YB Datuk Dr Annuar Rapaee selaku ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak, N55 Nangka yang turut berada di situ gegas membantu mengangkat anggota PGA tersebut.

Tindakannya itu mendapat pujian daripada netizen setelah tularnya beberapa keping foto beliau yang gigih membantu anggota PGA tersebut.

Gambar tersebut telah dikongsikan oleh Bernama menerusi laman Facebook mereka sehingga menarik perhatian netizen.

Ini antara reaksi netizen.
Setelah menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi telah diutarakan oleh netizen. Rata-rata daripada netizen memuji tindakan pantas yang dilakukan oleh beliau.

“Terbaik YB Datuk Annuar tidak mengira kedudukan”

“Inilah pemimpin yang harus dicontohi tidak mengira kedudukan”

Tambah netizen, kemungkinan disebabkan oleh faktor cuaca dan keadaan anggota tersebut yang kurang sihat menyebabkan beliau rebah dan pengsan semasa perbarisan.

BACA:

Didakwa terbabit kes rasuah dan pengubahan wang haram, bekas speaker parlimen dihukum penjara setahun je?

Tular video Khairul Aming sampai luar negara sekali ini reaksi Gordon Ramsay undang reaksi netizen