Gaji terakhir dibayar dengan syiling 5 sen, pekerja tergamam

Oleh MHDAILY

Gaji terakhir dibayar dengan syiling 5 sen, pekerja tergamam. Seorang pekerja sebuah bar di Dublin tergamam apabila bekas majikannya sengaja membayar gaji terakhirnya menggunakan duit syiling, lapor akhbar Mirror UK, semalam.

Lelaki tersebut, Rian Keogh disuruh mengambil gaji terakhirnya selepas pengurus Alfie Bar mahu membayarnya secara tunai.

Namun begitu, Keogh tidak menyangka bahawa bayaran tunai itu dibuat menggunakan duit syiling dalam sebuah karung seberat 30 kilogram (kg).

Baca Artikel Penuh