Fizi Ali dah berani dedah pengganti ibu kepada anaknya

Fizi Ali dah berani dedah pengganti ibu kepada anaknya

Fizi Ali dah berani dedah pengganti ibu kepada anaknya. Pada April tahun lalu, penyampai radio, Fizi Ali mengakui sedang mengenali seorang wanita namun masih berada dalam fasa berkawan.

Terbaru, perkongsian di Instagram (IG) Fizi pada malam Sabtu mencuri tumpuan warganet di media sosial.

Dalam video yang merangkum momen sepanjang tahun 2022, dilihat terselit satu gambar seorang wanita ‘free hair’.

Fizi Ali dah berani dedah pengganti ibu kepada anaknya

Menerusi kapsyen yang ditulis, pengacara berumur 33 tahun itu mengakui kehidupannya makin bahagia dengan individu yang menghargai cinta dan setia. Selain itu, Fizi juga bangga dengan pencapaian kerjayanya bergelar penyampai radio Hot FM.

Terlampu banyak kenangan tahun 2022!! Tahun yang terbaik juga dalam hidup saya. Dapat kehidupan yang makin bahagia dengan orang-orang yang menghargai cinta dan setia.

Kerjaya yang sangat saya boleh banggakan. Tak pernah terfikir akan ke tahap sekarang ini. Rasa macam sayang tahun 2022 akan pergi.

Terima kasih juga orang-orang yang ada dengan saya untuk tahun 2022. Insya-Allah tahun 2023 kita semua diberikan kebahagiaan dalam kehidupan dan kerjaya yang kita semua impikan. Amin.

Gigih netizen ulang tengok

Di ruangan komen, netizen juga perasan dengan foto terbabit dan semestinya tertanya status wanita itu di hati pemilik nama Mohd Hafizudin Alimudin.

@bukanzizikirana: Gambar siapa yang akhir itu?

@zurasafira: Wah last itu buah hati ke?

@pnsafiya: Alamak nasih dapat screenshot gambar yang akhir itu. Sebab Ameena pandang.

@lallitazima_official: Terpaksa ulang banyak-banyak kali.

Terdahulu, Fizi dan aktres Shakilla Khoriri mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan bercerai selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nurul Ameena Sofia pada 2019.

BACA JUGA :

Rumah paling mahal di dunia, belum ada billionaire sanggup beli

Tamparan coach bola tampar menjadi, “kami terus menang straight set”

Dewan Bahasa Pustaka buat peribahasa khas sempena kekalahan Liverpool

CATEGORIES