Fitnah Husam terima duit DAP dan tauke judi: Mahkamah arah Zawawi bayar RM200,000

Oleh MHDAILY

Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan Datuk Dr Wan Zawawi Wan Ismail membayar gantirugi sebanyak RM200,000 kepada Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Husam Musa berhubung penyiaran tulisan yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya sebelum ini.

Hakim Dato’ Roslan Abu Bakar mengarahkan perkara itu selepas membenarkan rayuan Husam atas gantirugi selepas menang saman fitnah terhadap Dr Wan Zawawi sebelum ini dengan kos perbicaraan sebanyak RM50,000.
.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya di Kota Bharu sebelum ini memerintahkan Dr Wan Zawawi membayar ganti rugi sebanyak RM70,000. Husam yang tidak berpuas hati dengan jumlah tersebut telah mengemukakan rayuan bagi menaikkan jumlah gantirugi tersebut.

Fitnah Husam terima duit DAP dan tauke judi: Mahkamah arah Zawawi bayar RM200,000

Baca Artikel Penuh