Panas !!! PU Amin dituduh dapat bayaran RM20K dari ‘Freemason’, ini puncanya…

Akibat seringkali menyebarkan kebaikan dan keperluan mengambil vaksin COVID-19, Pencetus Ummah (PU) Amin kini menerima tuduhan yang lebih berat apabila ada pihak menuduhnya dibayar oleh pertubuhan Yahudi atau dikenali sebagai freemason.

Hal tersebut telah didedahkan oleh pendakwah itu sendiri di Instagram Storynya sebentar tadi.

Ada yang kata saya dibayar oleh freemason dengan harga RM20,000

PU Amin dituduh dapat bayaran RM20K dari 'Freemason', ini puncanya...

Dalam pada itu, beliau hanya berkata ia merupakan tanggungjawabnya sahaja untuk menyampaikan manfaat berkaitan dengan vaksin dan ia juga mengikut saranan ilmuan agama serta perubatan.

Bila kita ni jahil (termasuk saya) maka kita ikut saranan ulama dan pakar perubatan.

Sebelum ini, PU Amin menjadi perhatian orang ramai apabila beliau memuat naik sebuah hantaran di Instagramnya memaparkan sijil vaksin berusia lebih 120 tahun yang dipercayai dikeluarkan pada zaman empayar Turki Uthmaniyah.

Berita Penuh : https://ohmedia.my/ohtidak/pu-amin-dituduh-terima-bayaran-freemason-rm20k-sebab-sebar-kebaikan-vaksin/

BACA JUGA : Ismail Sabri patut jadi pengerusi MPN jika serius selamatkan ekonomi

Artikel ini disiarkan pada 08/09/2021

COMMENTS