Edar produk di SJR, pengasas produk dakwa dapat kebenaran Polis

Oleh MHDAILY

Edar produk di SJR, pengasas produk dakwa dapat kebenaran Polis. Tindakan seorang pengasas produk kecantikan mengedarkan vitamin di sekatan jalan raya (SJR) beberapa hari lalu dibuat mengikut undang-undang berikutan menerima kebenaran daripada pihak polis.

Perkara itu didedahkan pengasas produk terbabit dikenali sebagai Muhammad Iddin Syah Mohd. Fauzi menerusi laman sosial Instagramnya dengan menjelaskan telah memohon kebenaran polis sebelum berbuat demikian.

Katanya, dia telah mendapatkan kebenaran polis terlebih dahulu dengan memberitahu niatnya untuk menyumbangkan sebanyak seribu unit vitamin kepada pengguna yang melalui SJR di Bertam, Pulau Pinang.

Baca Artikel Penuh