‘Dine in’ lebih masa, 17 individu dikompaun

Oleh MHDAILY

‘Dine in’ lebih masa, 17 individu dikompaun.Seramai 16 pengunjung dan seorang pengusaha sebuah restoran di Jalan Perusahaan Bukit Tengah, Bukit Mertajam di sini dikompaun berjumlah RM42,000 selepas didapati ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, pada pemeriksaan kira-kira pukul 11.30 malam itu, polis mendapati pihak berkenaan menjalankan dan terlibat dalam aktiviti tidak dibenarkan iaitu ‘dine-in’ melebihi masa yang ditetapkan.

“Seramai 16 pengunjung lelaki dan seorang wanita pengusaha premis ditahan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Baca Artikel Penuh