[VIDEO] Dia buat hal lagi, kali ini netizen dedah Neelofa rentas negeri untuk beli karpet pula

[VIDEO] Dia buat hal lagi, kali ini netizen dedah Neelofa rentas negeri untuk beli karpet pula

Belum sempat reda mengenai isu kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP), laman sosial Twitter kembali kecoh apabila netizen mendakwa usahawan dan selebriti popular Neelofa sekali lagi merentas negeri.

Seorang pengguna Twitter, @paedrazip memuat naik dua tangkapan skrin daripada video InstaStory milik Neelofa memaparkan selebriti berusia 32 tahun itu dan suaminya Haris Ismail berkunjung ke sebuah kedai karpet.

Cari karpet kat Nilai 3 ke tu?

Seorang lagi pengguna Twitter, @IzzatiEmylia turut mempersoalkan tindakan bekas pengacara MeleTOP itu sekiranya ‘mendapat kebenaran’ untuk membeli karpet di lokasi berkenaan.

Kedai karpet tu hanya di beberapa lokasi…

Rentas Negeri lagi Hajah? Naeem Carpet hanya ada di Nilai 3(N9), Johor, dan Brunei.

Yeay! Dia tak sedar2 lagi👏🏼@InjangNation ada sepatah dua kata?#DengkiKe ?
Aah dengki!
#apamasalahsaudara ?
Sebab kau boleh rentas negeri beli karpet! pic.twitter.com/c0j7Gw5rad

— Emylia Izzati (@IzzatiEmylia) May 2, 2021

Berdasarkan siasatan warganet termasuk reka bentuk kedai, mereka mendakwa pasangan itu mengunjungi cawangan yang terletak di Nilai 3 walaupun terdapat cawangan lain seperti di Setapak, Kuala Lumpur serta Johor dan Brunei.

WhatsApp orang kedai, katanya video tu kat Nilai?

Bagaimanapun, menerusi pencarian di akaun Instagram, difahamkan Neelofa telah memadam video yang memaparkan lelaki itu dipercayai pemilik kedai karpet tersebut.

Berikutan itu, netizen mula mempertikai tindakan Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor yang memadam video tersebut sekiranya dia dan suami tidak melakukan kesalahan seperti didakwa orang ramai.

Dakwaan lain…

Terdahulu, Neelofa dan suaminya yang lebih dikenali sebagai PU Riz, masing-masing dikenakan kompaun RM20,000 dan RM10,000 kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berhubung majlis pernikahan mereka.

Selain itu, ahli keluarga turut dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 seorang yang berjumlah RM30,000 kerana gagal mempraktikkan penjarakan fizikal sewaktu berlangsung majlis akad nikah pada Mac lalu.

Sumber : https://ohmymedia.cc/netizen-dakwa-neelofa-rentas-negeri-shopping-karpet-di-nilai-3/