Dewan mangsa banjir perlu berdaftar baru layak dapat bantuan RM1,000 – Menteri

Oleh MHDAILY

Dewan mangsa banjir perlu berdaftar baru layak dapat bantuan RM1,000. Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kuala Selangor diminta mendaftarkan Dewan Orang Ramai Kampung Bestari Jaya sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini bagi memudahkan semua saluran bantuan dapat disalurkan oleh kerajaan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, pada masa ini kebanyakan penduduk tidak mahu berpindah ke PPS berhampiran berikutan laluan masuk dan keluar ke kampung itu ditenggelami banjir.

Malah, katanya, penduduk memberi alasan lebih selesa tinggal di dewan itu kerana jarak dari rumah lebih dekat dan memudahkan mereka memantau keadaan rumah mereka yang ditenggelami banjir.

Baca Artikel Penuh