Dakwaan cukup majoriti tubuh kerajaan, akhirnya Muhyiddin buka mulut

Oleh MHDAILY

Dakwaan cukup majoriti tubuh kerajaan, akhirnya Muhyiddin buka mulut. Presiden Parti Pribumi Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin, menafikan dakwaan beliau pernah memberitahu pemimpin sebuah parti politik kononnya sudah mendapat sokongan Ahli Parlimen untuk dilantik semula sebagai Perdana Menteri.

Selain menyifatkan tuduhan terbabit tidak benar, bekas Perdana Menteri itu menegaskan, beliau tidak pernah memberitahu atau mengesahkan kepada sesiapa bahawa sudah mendapat sokongan majoriti terbabit.

Jelasnya, apa yang dibincangkan dalam siri pertemuan dengan beberapa pimpinan parti politik selain Barisan Nasional (BN) adalah untuk merintis persefahaman bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Baca Artikel Penuh