Dakwa difitnah, setiausaha politik menteri buat laporan polis terhadap Sarawak Report

Oleh MHDAILY

Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) Datuk Seri Syed Hamzah Syed Paie membuat laporan polis berhubung dakwaan dua portal berita antarabangsa yang mengaitkannya dengan kelulusan geran daripada kementerian berkenaan kepada syarikat milik isterinya.

Syed Hamzah membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada kira-kira 11 pagi ini.

Menafikan perkara itu, beliau berkata laporan berkenaan dibuat terhadap Malaysia Chronicles dan Sarawak Report kerana menyebarkan berita palsu dan fitnah terhadap dirinya dan Menteri Medac Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Baca Artikel Penuh