Cuba solat jumaat di ofis, 12 individu ditahan

Oleh MHDAILY

Seramai 12 individu termasuk warga asing ditahan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas dipercayai berkumpul cuba solat Jumaat di sebuah premis perniagaan di Taman Nirwana di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohammed Farouk Eshak berkata, kesemua individu itu terdiri daripada enam lelaki tempatan dan enam lelaki warga asing berusia antara 23 hingga 60 tahun.

Menurutnya, sepasukan polis Ampang Jaya melakukan serbuan di premis berkenaan jam 1.30 tengah hari.

Baca Artikel Penuh