Cikgu ini ambil cuti sakit sebab buat part time kerja kontrak

Oleh MHDAILY

Seorang cikgu Matematik di Pordenone, Itali ditahan selepas tindakannya yang kerap mengambil cuti sakit dibongkar polis, lapor akhbar The Sun UK, kelmarin.

Guru lelaki yang memegang jawatan tetap di sebuah institusi di Pordenone itu dilaporkan mengambil 769 hari cuti dalam tempoh tiga tahun perkhidmatannya dengan alasan mempunyai masalah kesihatan.

Menurut laporan polis, guru itu memohon 549 cuti sakit dan 310 cuti paterniti yang ditandatangani doktor peribadi dengan dakwaan perlu menjaga anak yang baru dilahirkan.

Baca Artikel Penuh