Mampukah Ismail Sabri jadi seorang PM yang baik?

Oleh MHDAILY

Wartawan veteran A Kadir Jasin berpendapat Ismail Sabri Yaakob berpotensi menjadi perdana menteri yang baik jika naib presiden Umno itu tahu menggunakan ‘kelebihan’ yang ada padanya.

Kata A Kadir, Ismail Sabri merupakan tokoh ‘luaran’ (outsider) yang kedudukannya tidak bersama kumpulan pemimpin parti yang digelar kluster mahkamah, serta bukan juga menyertai Bersatu.

“Langkahnya menjanjikan pelaksanaan sejumlah pembaharuan berkaitan parlimen dan pentadbiran sebagai keutamaan adalah menggalakkan.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Mampukah Ismail Sabri jadi seorang PM yang baik?

“Secara tersirat ia adalah ‘ranting zaiton’ (olive branch atau tawaran damai) kepada ahli parlimen pembangkang menjelang sidang Dewan Rakyat 13 Sept ini,” katanya dalam catatan di media sosial hari ini.

A Kadir yang pernah menjadi penasihat media kepada Dr Mahathir Mohamad semasa ahli parlimen Langkawi itu berkhidmat sebagai perdana menteri menjelaskan Ismail Sabri perlu membuat pilihan sama ada mahu bersama Muhyiddin Yassin yang membuka jalan untuknya berada di kedudukan sekarang atau membawa masuk “kluster mahkamah dan kleptokrat” menyertai kerajaan.

Sebelum ini katanya Muhyiddin pernah bertegas menolak sokongan kleptokrat terbabit serta enggan bertolak ansur dengan kluster mahkamah walaupun harganya ialah, dia hilang sokongan untuk memerintah.

“Hal ini wajar diberikan pengiktirafan,” tambahnya.

Di pihaknya Umno pula, kata A Kadir, Ismail Sabri tidak boleh menolak kluster mahkamah dan kleptokrat begitu saja kerana dia tentu terhutang budi kepada mereka atas sumbangan mengetepikan Muhyiddin.

“Inilah dilema Ismail Sabri. Dia terhutang budi dan boleh menjadi pawn in the game (dimanipulasi pihak lain) kepada terlalu banyak pihak dan kepentingan,” katanya.

Pada masa sama katanya Ismail Sabri akan menjadi ‘budak suruhan’ jika dia tunduk kepada tekanan kumpulan kluster mahkamah serta dan kleptokrat.

“Secara peribadi, saya cenderung memberikan peluang yang secukupnya kepada Ismail Sabri bagi membuktikan kesungguhannya mententeramkan suasana politik negara dan memastikan Malaysia tidak kembali ke zaman gelap kleptokrasi,” katanya.

A Kadir juga berharap cakap-cakap mengenai kemungkinan Najib Razak dibawa menyertai kerajaan Ismail Sabri hanyalah suatu propaganda untuk menguji pendirian ahli parlimen Bera itu.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/590890

BACA JUGA : Panas !!! KKM sahkan terdapat 103 kes varian delta dikesan