Cerita ‘Attack On Titan’, ini kisahnya bagaimana fiksyen ini bermula

Oleh MHDAILY

Cerita ‘Attack On Titan’, ini kisahnya bagaimana fiksyen ini bermula. Bermula daripada episod pertama Attack on Titan, pasti ramai daripada anda tertanya-tanya bagaimana titan boleh wujud dalam dunia fiksyen itu. Dalam episod terbaru anime tersebut, akhirnya kisah sebenar disebalik kewujudan titan akhirnya diterangkan malah mengubah pandangan ramai peminat mengenai penceritaan siri ini.

Cerita 'Attack On Titan', ini kisahnya bagaimana fiksyen ini bermula

Episod 80 yang bertajuk ” From You, 2,000 Years Ago ” merupakan rujukan pada episod pertama Attack on Titan “To You Who Lives 2,000 Years Later” dan menyaksikan Eren dan abangnya Zeke bergaduh untuk mengawal dimensi Paths dan Ymir. Ia tidak melibatkan pertempuran secara fizikal kerana Zeke mempunyai kelebihan untuk memerintah Ymir melalui darah dirajanya. Untuk mengubah keadaan itu, Eren telah berhubung dengan Ymir dan melihat memorinya.

Baca Artikel Penuh