Campur 3 bahan ini, ‘confirm’ ular dan tikus tak masuk rumah

Campur 3 bahan ini, ‘confirm’ ular dan tikus tak masuk rumah, salah satu cara yang boleh diusahakan untuk elak binatang berbisa ini masuk dalam rumah adalah dengan menggunakan ramuan garam kasar seperti dikongsi oleh Fara Aem.

Kejadian ular masuk dalam rumah bukan saja berlaku di kampung tapi juga di kediaman teres di bandar.

Disebabkan habitat binatang ini yang semakin terancam membuatkan ia keluar ke persekitaran kita, jadi kita memang perlu berhati-hati.

Menurutnya ia bukan saja boleh mengelak ular tapi juga menghalau tikus dari masuk ke rumah.

Ramuan elak ular dan tikus masuk rumah

Tujuan asal buat untuk halau ular tapi tak sangka pulak boleh halau tikus juga.

Jadi boleh buat untuk menghalau haiwan ini di rumah.

Campur bahan berikut

  1. Minyak Kasturi
  2. Garam Kasar
  3. Cengkih (sedikit, tiada pun tak mengapa)
  4. Kulit kayu manis (ditumbuk)

Campur 3 bahan ini, ‘confirm’ ular dan tikus tak masuk rumah

Letak di penjuru rumah

Letakkan sikit di semua penjuru rumah, dapur, tingkap atau mana-mana laluan haiwan ini.

Gaul rata, boleh ikuti dengan selawat dan niat. Bahan ini punya bau yang kuat ya.

Campur 3 bahan ini, ‘confirm’ ular dan tikus tak masuk rumah

Saya dah cuba, alhamdulillah.

Semoga bermanfaat.

CATEGORIES