Bila buka parlimen fokus pada Covid-19 bukan benda lain, tegur Takiyuddin

Oleh MHDAILY

Semua Ahli Parlimen perlu beri tumpuan kepada saranan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah yang mahu peranan Parlimen menjadi platform penting untuk wakil rakyat membincangkan pelbagai isu, khususnya berkaitan COVID-19.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, pihak Kerajaan sedia terima pandangan dan saranan daripada pembangkang, asalkan ia tertumpu kepada pelaksanaan pelan pemulihan negara (exit strategy) daripada wabak COVID-19.

“Yang di-Pertuan Agong titah bincang isu COVID-19, jadi kita fokus tentang COVID-19. Kerajaan sedia terima pandangan dan saranan daripada pembangkang sekali pun.

Baca Artikel Penuh