Belanjawan : Kerajaan PN terdesak tahap desperado – Kadir Jasin

Semalam tular di media sosial berita mengenai van kerajaan ke hulu hilir menghebahkan kebaikan cadangan Belanjawan 2021 kerajaan tebuk atap Perikatan Nasional (PN).

Kalau tidak silap sayalah, inilah kali pertama kegiatan sedemikian dilakukan bagi “menjual” belanjawan negara kepada orang ramai.

Kalau dulu-dulu memadai dengan hebahan melalui media arus perdana atau sebagai “newsreel” wayang pacak Malayan Film Unit pra-Kemedekaan.

Nampak sangat kerajaan PN terdesak tahap desperado takut Rang Undang-undang Perbekalan 2021 ditolak oleh Ahli Dewan Rakyat apabila diundi pada 26 November ini.

Daripada sudut lain pula, kerajaan PN telah mula menggunakan aset negara untuk menjalankan kempen awalan pilihan raya.

Boleh jadi juga ini adalah pratayang kepada fungsi baru Jasa yang bakal digerakkan semula jika Belanjawan 2021 lulus.

Atau ia berupa pengakuan bahawa kerajaan PN telah kalah dalam perang saraf media sosial dan media arus perdana pula makin tidak berkesan.

Program propaganda bergerak kerajaan PN ini mengingatkan saya kepada zaman kanak-kanak dan remaja saya di Kedah apabila kerajaan penjajah menggunakan kapal terbang untuk menabur risalah anti-Komunis ketika Darurat 1948-60.

Di darat pula, van Malayan Film Unit akan menyangkan “newsreel” keluaran Pathé Film yang diselang-seli dengan film cowboy dan ucapan pegawai penerangan.

Wallahuaklam. Terima kasih.

Sumber :