Bapa luah perasaan, pengurusan kementerian pendidikan caca marba!

Mula mula disuruhnya kita buat Mesyuarat Agong PIBG pada hari cuti sekolah..Kita akur..

Kemudian disuruhnya kita buat sekali Mesyuarat Agung PIBG tahun lepas dan tahun ini bersekali kerana tahun lalu sekolah cuti panjang sebab PKP..Kita akur..

Kita pun keluarkanlah circular dan makluman pada ibu bapa beritahu tarikh dan tempat..

Kemudian keluar pula arahan Mesyuarat Agong PIBG tak boleh dibuat di sekolah walau pun time.sekolah cuti dan murid tiada.

Jadi kita kena cari pula tempat, dewan yang sesuai dan belanja tambahan untuk persiapan serta sebagainya.

Lepas tu arah pula dah cari dewan di luar kena minta kelulusan dan dapat makluman Pejabat Pendidikan.

Dah tambah lagi kerja kami AJK PIBG, nak maklum pada ibu bapa satu hal tempat baru, nak susun persiapan satu hal dan cari tempat nak bersidang satu hal.Ingat kami ni selaku ibu bapa yang secara sukarela jadi AJK PIBG dan para guru, Baruakah? Kena itu dan ini?

Sebab tu kita kata ini kerajaan kluk klek..Menteri Pendidikan siapa? Dari parti Bunga..Apa lulusan?Ph.D.

Apa fungsi kerajaan dan pimpinan? Mensejahtera dan menyenangkan rakyat..Bukan memeningkan dan bikin sulit masyarakat.

Cerdik atas kertas tak semestinya bijak dalam.tindakan.

Ya..bodoh juga satu seni..Bodoh juga tak bertebing dan tak mengenal apa jua taraf dan status anda.

Sumber: