“Bang, saya nak peluk boleh? Tanpa memikirkan apa-apa, abang tu terus peluk aku, aku hanya mampu nangis dan cakap mak saya dah takde”

Assalamualaikum buat pembaca semua. Ini adalah first time aku menulis kat sini, sebelum ni aku hanyalah pembaca setia di laman ini.

Aku Kamil, menginjak usia 34 tahun tidak lama lagi. Aku nak berkongsi satu kisah yang sangat magis yang telah diaturkan oleh Allah SWT yang aku tak pernah sangka akan berlaku dalam hidup aku.

Kisah ini bermula 11 tahun lepas, di mana pada ketika itu aku berumur 23 tahun dan sedang melanjutkan pelajaran di utara tanah air.

Aku belajar di sebuah universiti terkemuka. Di utara, aku hanya berseorangan diri, tiada keluarga terdekat di sana oleh kerana ramai keluarga aku berada di Kelantan dan Kuala Lumpur.

Ketika aku menyambung pelajaran di sana, aku diberikan sebiji kereta oleh ayahku dan pandai – pandailah hidup di sana.

"Bang, saya nak peluk boleh? Tanpa memikirkan apa-apa, abang tu terus peluk aku, aku hanya mampu nangis dan cakap mak saya dah takde"

Baca Artikel Penuh