Asyraf dakwa ahli Umno diumpan sertai Bersatu dengan bayaran RM100 hingga RM5,000

Oleh MHDAILY

Pemuda UMNO bersedia membuktikan dakwaan PPBM cuba memancing ahli parti itu dengan wang di mahkamah, justeru ia tidak gusar dengan ugutan saman yang dilontarkan parti pimpinan Muhyiddin Yassin itu.

“Jika Ketua Penerangan PPBM (Wan Saiful Wan Jan) mahu meneruskan saman, kami Pemuda UMNO mengalu-alukannya dan akan mengambil peluang di mahkamah nanti untuk mendedahkan segala bukti di hadapan hakim,” kata Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata, PPBM sepatutnya “berlapang dada” dan meminta dihentikan cubaan memancing ahli menggunakan wang, bukannya mengugut akan menyaman Pemuda UMNO.

Baca Artikel Penuh