Apa kita boleh belajar dari kekalahan Trump?

Oleh MHDAILY

Banyak yang dapat kita pelajari dalam isu peralihan kuasa dari Presiden Donald Trump (Republikan) kepada Presiden Joe Biden (Demokrat) di Amerika Syarikat.

Pertama, apabila Trump rasa dia telah kalah, dia tidak isytihat Darurat seluruh Amerika. Dia tidak buat apa yang pemimpin sesetengah republik pisang di Afrika lakukan.

Trump yang kelihatan gila-gila itu masih bertindak ikut rule of law. Istilah Rukunegara kita ialah kedaulatan undang-undang. Donald Trump masih menghormati Badan Kehakiman negaranya.Dia cabar keputusan pilihanraya di sesetengah negeri dalam Amerika Syarikat itu di mahkamah undang-undang.

Baca Artikel Penuh