Anwar bersedia jika kepimpinan muda terajui negara.KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia menerima kepimpinan anak muda untuk menerajui negara.
Namun Ahli Parlimen Port Dickson itu menegaskan kepimpinan sesebuah negara bukan terletak pada usia, sebaliknya idealisme serta semangat kental untuk membawa perubahan.
“Anak muda bagaimana? (Kepimpinan) bukan pada usianya, tetapi idealisme, pada semangat yang kental dan berkeinginan membawa perubahan ke arah kebaikan.
“Ini kerana kita ini warisan penjajah dan ramai dalam kalangan pimpinan itu sikapnya bobrok seperti penjajah iaitu menindas, merompak, memunggah kekayaan dan khazanah negara.
“(Pemimpin seperti) Ini yang patut dielak,” katanya ketika menyampaikan pidato ulung bertemakan Perpaduan Teras Kebangkitan Nusantara dalam Sidang Kemuncak Forum Persabahatan Malaysia – Indonesia secara maya semalam.
Menurut Anwar, usaha anak muda untuk tampil memimpin seharusnya didokong serta dipersiapkan secara akidah dan akhlak.
Selain itu, katanya, golongan pemimpin muda mesti mempunyai kekuatan diri supaya tidak menganggap kuasa politik sebagai wahana untuk mengumpul kekayaan
Berita Penuh : https://malaysiapost.com.my/2021/09/01/anwar-sedia-terima-kepimpinan-anak-muda-terajui-negara/