Anwar akan dipanggil SPRM berhubung isu pendedahan Kertas Pandora

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, susulan pendedahannya mengenai Kertas Pandora yang turut membabitkan nama beberapa tokoh politik negara.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, sudah mengarahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Ahmad Khusairi Yahaya, dan pegawainya untuk berjumpa Ahli Parlimen Port Dickson itu bagi dirakam keterangan.

Katanya, keputusan sama ada kertas siasatan akan dibuka atau tidak bergantung kepada hasil perbincangan antara Bank Negara (BNM) dan agensi terlibat.

Anwar akan dipanggil SPRM berhubung isu pendedahan Kertas Pandora

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata keputusan sama ada kertas siasatan akan dibuka atau tidak bergantung kepada hasil perbincangan antara Bank Negara dan agensi terlibat. (Gambar Bernama)

“Sama ada kita buka atau tidak kertas siasatan, kita kena bincang dengan pihak BNM dan agensi berkaitan.

“Beri sedikit masa, kami akan buat janji temu dengan Anwar,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Dalam laporan sebelum ini, SPRM akan bekerjasama bersama BNM dan agensi lain untuk menyiasat Kertas Pandora yang didedahkan Anwar.

Kertas Pandora adalah laporan mendedahkan senarai urusniaga melibatkan tokoh politik, ahli perniagaan dan selebriti yang membuka akaun di pusat kewangan pesisir di dunia.

Beberapa nama ahli politik dan ahli perniagaan Malaysia turut disebut dalam Kertas Pandora antaranya Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz, bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin, Timbalan Menteri Kewangan Yamani Hafez Musa dan keluarga ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho.

BACA JUGA : Panas !!! Pas dakwa tiada kerjasama antara UMNO dan MN pada PRN Melaka

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Anwar akan dipanggil SPRM berhubung isu pendedahan Kertas Pandora […]

  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Anwar akan dipanggil SPRM berhubung isu pendedahan Kertas Pandora […]