Anniversary ke 7: Asyraf Khalid hadiahkan Tesla kepada Tya Arifin

Oleh MHDAILY

Anniversary ke 7: Asyraf Khalid hadiahkan Tesla kepada Tya Arifin. Ahli perniagaan, Asyraf Khalid membuat kejutan buat isterinya, Tya Arifin dengan menghadiahkan sebuah kereta Tesla sempena hari jadi dan ulang tahun perkahwinan mereka kali ke-7.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Aysraf di laman Instagramnya, dia meluahkan rasa syukur dikurniakan isteri yang sangat memahami dan bertanggungjawab dalam menguruskan rumah tangganya.

“Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-7. Alhamdulilah sudah tujuh tahun kita mendirikan rumah tangga tapi saya masih lagi terpesona dengan kecantikan, budi pekerti, kerja keras dan dedikasi terhadap perkara yang kamu lakukan,” tulisnya.

Baca Artikel Penuh