Anak muda perlu tunjuk jalan keluar kepada ‘warlord’ politik

Oleh MHDAILY

Anak muda perlu tunjuk jalan keluar kepada ‘warlord’ politik.Pada hari Jumaat yang lepas (20 Ogos), Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan melantik Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri kesembilan menggantikan Mahiaddin Yassin.

Ini bermakna kerajaan terdahulu yang gagal hanya bersalin kulit. Hasrat supaya mandat dikembalikan kepada Pakatan Harapan yang menang dalam PRU14 nampaknya terus digagalkan. Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dipersalahkan. Baginda hanya bertindak mengikut peruntukan perlembagaan dan memang terbukti 114 ahli Dewan Rakyat memilih Ismail Sabri.

Bagaimanapun, adakah 32 juta rakyat Malaysia bersedia dengan normal baharu ini? Parti yang menang pilihan raya menjadi pembangkang manakala yang kalah menjadi kerajaan. Ia akan terus berlaku kerana wakil rakyat yang khianat kepada partinya akan bebas melompat lagi pada masa yang akan datang.

Baca Artikel Penuh