Akta wakaf dibentang zaman PH dahulu, apa kesudahannya?

Oleh MHDAILY

Akta wakaf dibentang zaman PH dahulu, apa kesudahannya. Pada 24/2/2020 saya mewakili pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan oleh Setiausaha Dewan Rakyat bagi membincangkan perjalanan Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen. Pada masa itu, perancangan asalnya Dewan akan mula bersidang pada 9/3/2020.

Mengikut jadual asalnya pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama); Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa akan membentangkan RUU Wakaf 2020 pada sidang itu.

Satu akta bagi pentadbiran dan pengurusan institusi wakaf di Malaysia. Setakat hari ini belum ada akta khusus mengenai wakaf di Malaysia. Jabatan Peguam Negara dan semua stakeholders telah pun memberikan kelulusan bagi RUU berkenaan untuk dibentangkan di Parlimen. “Blue Bill” juga sudah diurus cetak.

Baca Artikel Penuh