Air pasang besar dijangka hingga sabtu, bakal lebih buruk jika angin kencang

Air pasang besar dijangka hingga sabtu, bakal lebih buruk jika angin kencang

Air pasang besar dijangka hingga sabtu, bakal lebih buruk jika angin kencang. Penduduk di pesisir pantai terutamanya di negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia disarankan agar berwaspada dengan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku bermula Selasa hingga Sabtu ini.

Bahagian Pengurusan Zon Pantai, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia memaklumkan, kawasan berisiko adalah di Kuala Muda, Kedah; Bagan Datuk, Perak; Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor, Selangor; serta Batu Pahat dan Pontian, Johor.

Menurut hantaran yang dimuat naik di Facebook berkenaan, keadaan bertambah buruk jika disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat secara serentak yang akan menyebabkan banjir kilat, limpahan air laut dan banjir pantai.

Air pasang besar dijangka hingga sabtu, bakal lebih buruk jika angin kencang

“Oleh itu, orang ramai khususnya pengunjung pantai dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika menjalankan aktiviti air, riadah dan rekreasi pada tarikh yang dinyatakan di kawasan terbabit.

“Mereka juga diminta memantau keadaan cuaca dan jika hujan lebat serta air laut pasang berlaku serentak, bersedia untuk berpindah ke tempat selamat dan mematuhi arahan pihak berkuasa yang ditetapkan,” kata hantaran tersebut pada Rabu.

BACA JUGA : KJ tampil perjelas status pendaftaran vaksin anak-anaknya

Semakin banyak lubang misteri muncul di bumi, apakah rahsia disebaliknya?

Wanita tinggi 118 cm dari Terengganu ini akhirnya selamat lahirkan anak

CATEGORIES