5 IPT masih tidak dilantik Naib Canselor, Menteri digesa letak jawatan jika tak mampu

Oleh MHDAILY

Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (PH) mencadangkan agar Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad melepaskan jawatan sekiranya berterusan tidak mampu menentukan hala tuju dan memacu kementeriannya.

Jawatankuasa itu dalam satu kenyataan berkata, cadangan tersebut dibuat agar jawatan itu boleh diberikan kepada mereka yang lebih memahami hala tuju serta keadaan di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta.

“Jawatankuasa Pendidikan PH mengambil maklum jawapan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kepada kenyataan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengenai kekosongan jawatan naib canselor dan alasan-alasan yang dikemukakan.

Baca Artikel Penuh