3 wanita raih pendapatan hampir RM15,000 sebulan masa PKP dari aktiviti pelacuran

Oleh MHDAILY

Kegiatan tiga pelacur warga Thailand melayan sekurang-kurangnya dua pelanggan setiap hari dengan bayaran RM250 satu sesi terbongkar selepas polis menyerbu sebuah hotel di Melaka Raya di sini kelmarin.

Dalam serbuan Op Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pukul 3.45 petang itu, kesemua wanita yang ditahan berusia antara 30 hingga 34 tahun.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, hasil risikan sepasukan pegawai serta anggota telah ke lokasi dan mengesan tiga wanita dipercayai pelacur sedang menunggu pelanggan.

Baca Artikel Penuh