25000 liter air zam-zam seludup dirampas Kastam

Oleh MHDAILY

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menumpaskan tiga sindiket penyeludupan melibatkan air zam zam, tembakau dan rokok putih di dua lokasi iaitu Pelabuhan Klang dan Shah Alam pada 27 hingga 29 Jan lepas oleh pasukan bahagian penguatkuasaan JKDM Zon Tengah Unit II Selangor.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata cubaan menyeludup dagangan yang disyaki air zam zam dengan menggunakan sebuah kontena bersaiz 40 kaki di Pelabuhan Klang berjaya dilumpuhkan pada 27 Jan.

Beliau berkata air zam zam diklasifikasi sebagai dagangan terlarang dan hasil pemeriksaan ke atas kontena itu mendapati ia telah diikrarkan bermuatan ‘personal effect’ dalam borang kastam bagi tujuan import.

Baca Artikel Penuh