1121 aduan diterima majikan tak benar bekerja dari rumah – Menteri

Oleh MHDAILY

Mana-mana majikan yang ingkar penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berhubung 40 peratus pekerja sektor swasta untuk Bekerja Dari Rumah (BDR) akan dikenakan tindakan tegas termasuk diarah tutup serta merta.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, pihaknya sudah menggerakkan pegawai penguat kuasa Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) bagi mengesan syarikat dan majikan yang masih berdegil.

Katanya, ia susulan selepas JTKSM dan JKKP diberi kuasa mengenakan kompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) oleh Kementerian Kesihatan (KKM), berkuat kuasa Selasa lalu.

Baca Artikel Penuh