YDP Agong ikut perlembagaan, kabinet Muhyiddin ikut apa?, tanya Zaharin

YDP Agong ikut perlembagaan, kabinet Muhyiddin ikut apa?, tanya Zaharin

Bila Dekri Di Raja di sembah derhaka oleh Mahyuddin Yasin. Beliau Perlu di Pecat.

Pada Febuari 24, 2021, Dalam majlis mengadap kedua Speaker Dewan Negara dan Dewan Rakyat dengan Yang Di Pertuan Agung di Istana Negara, telah di titahkan bahawa kedua Dewan boleh mengadakan persidangan walau pun dalam keadaan darurat.

Pada hari yang sama, di keluarkan kenyataan media oleh pihak Istana Negara akan titah yang di Pertuan Agung itu. Kenyataan media itu bukan satu kenyatan biasa. Ia adalah satu penghantaran keputusan Yang di Pertuan Agung dan sudah pasti di keluarkan dengan Dekri oleh Istana Negara telah telah ditandatangan.

Apa itu Dekri? Bagi sebuah negara sama ada mengamalkan Institusi Kerajaan Beraja a.k.a Monarki dan Kerajaan Institusi Presiden a.k.a Republik setiap keputusan secara mutlak hak bidang kuasanya Raja atau Presiden mengistiharkan keputusan dengan cop mohurnya. Dan perlu di patuhi dan dilaksanakan.

Maka bila seorang Menteri membuat kenyataan menyanggah akan dekri itu, agak satu yang menghairan dalam sistem Kerajaan Perikatan Nasional yang di Ketua olehi Mahyuddin Yasin. Adakah kenyataan itu atas peresetujuan Mahyuddin Yasin? Ini satu persoalan.

Jika atas persetujuan Mahyuddin Yasin atas kenyataan itu? Beliau perlu di pecat oleh Yang Di Pertuan Agung. Kerana engkar dan tidak mematuhi dekri Istana Negara. Sudah dikira ‘sembah derhaka’.

Tindakan ini sangat merbahaya kepada masa depan Institusi Kerajaan Melayu Beraja yang di amalkan Malaysia. Sudah ada dahuluan a.ka. preceden akan digunakan oleh mereka di masa depan.

Tindakan Menteri yang membuat kenyataan alasan kerana ramai warga emas sebagai Ahli Parliken , adalah alasan tidak logik dan di ketawakan oleh dunia.

Keputusan Yang Di Pertuan Agung adalah selaras dengan kehendak Perlembagan Persekutuan. Bahawa dalam setiap tahun Parlimen perlu bersidang atau Mesyuarat selama tiga kali ia itu Mesyuarat kali pertama bermula bulan Mac, Mesyuarat kali kedua bermula bulan Jun dan Mesyuarat ketiga pada bulan Oktobber.

Adakah Perdana Menteri dan Menteri yang buat kenyataan tidak mahu diadakan Mesyuarat Parlimen mengenepikan Perlembagaan Malaysia.

Maka Malaysia sekarang menjadi simpang siur lagi. Kerajaan Mahyuddin Yasin sudah hilang arah. Cukup takut akan kehilangan kuasa. Kerana jika kehilangan kuasa segala kebobrokan dalam kerja salah guna guna selama satu tahun akan di bongkar oleh Kerajaan masa itu . Dan kemungkin an juga Mahyuddin Yasin akan turun naik mahkamah untuk menghabiskan sisanya hidupnya.

Sila kongsi tulisan ini.

Sang Kelembai.
Mac 4, 2021
Kuala Lumpur.

Sumber :