Umno tidak akan jadi alat golongan yang rakus kuasa, kata Zahid

Umno tidak akan jadi alat golongan yang rakus kuasa.PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau tidak akan membenarkan parti itu dengan sewenang-wenang dijadikan sebagai jambatan oleh pihak luar yang rakuskan kuasa.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata, Umno tidak boleh terpedaya dengan kerjasama tidak jujur yang kesudahannya mengabaikan kepentingan parti, rakyat serta negara.

Katanya, sebarang kerjasama yang terbentuk perlu berpaksikan analisa mendalam tentang manfaat kepada Malaysia dan masyarakatnya.

“Terutama pada PRU-15 kelak kerana ia penentu sama ada Umno sebagai sebuah parti dapat kembali selaku teras pentadbiran negara,” katanya menerusi Facebook.

Ahmad Zahid berkata, sebagai Presiden Umno adalah menjadi kewajipannya untuk mempertahankan parti itu dengan sepenuh jiwa dan raga.

Umno

Katanya, jati diri Umno sebagai parti milik rakyat yang sentiasa mengutamakan rakyat harus kekal dalam apa jua keadaan.

“Jika Umno terlibat dengan pihak lain yang berorientasikan kuasa, kedudukan dan kroni semata-mata, maka natijahnya amat buruk.

“Ini yang dapat kita saksikan baru-baru ini, namun Umno telah bertindak menyekat kecurangan kepada rakyat dan negara tersebut,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, Umno pernah melihat bagaimana kerajaan 22 bulan cuba menenggelamkan parti itu yang akhirnya karam dengan sendirinya.

“Begitu juga dengan parti politik yang cuba menguasai Umno sejak 18 bulan lalu untuk mempertahankan kuasa turut gagal.

“Presiden Umno akan terus memastikan maruah serta jati diri Umno di samping mempersiapkan parti bagi menghadapi PRU15,” katanya.

Berita Penuh : https://malaysiapost.com.my/2021/09/15/umno-tidak-akan-diperguna-pihak-yang-rakus-kuasa-zahid/

BACA: Panas !!! Guru pondok ditahan kerana liwat, cabul 12 murid lelaki