Tumpukan serangan kepada pemimpin kerajaan pintu belakang, bukan pegawai kerajaan – Mohamad Sabu

Oleh MHDAILY

Salam Sejahtera. Kepada semua pimpinan dan ahli ahli AMANAH, jika mahu membuat kritikan, tumpukan kritikan kepada Perdana Menteri dan menteri menteri kerajaan pintu belakang, bukan kritikan terhadap mana mana kakitangan kerajaan khususnya pasukan keselamatan negara seperti Panglima Angkatan Tentera atau Ketua Polis Negara. Jika ada sebarang kesilapan dilakukan oleh individu, ia adalah kesalahan individu dan bukan kesalahan pasukan. Ini kerana mereka bekerja dibawah government of the day.

Tumpukan kritikan terhadap mereka yang terlibat merampas kuasa dikalangan ahli ahli politik kerana mereka ada ruang menjawab kritikan kita. Berbeza dengan kakitangan kerajaan yang berada di bawah government of the day dan hanya melaksanakan tugas.

MOHAMAD BIN SABU

Baca Artikel Penuh