Tular video panas lelaki gelar arwah Abang Ali ‘Beruk dan Bodoh’. Tular satu sedutan video, seorang lelaki telah menghina pemergian Arwah Abang Ali (semboyan) baru-baru ini.
Video ini telah mendapat tontonan sebanyak 66,000 dan 300 kali perkongsian di laman facebook PK TV.
Selain itu, video ini telah menarik lebih 1,500 pengguna facebook untuk meninggalkan komen dan memberi respon terhadap apa yang lelaki ini katakan.
Lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Ikhsan itu meluahkan rasa tidak puas hati beliau terhadap Abang Ali yang didakwa sering menggunakan kekerasan ketika menjalankan tugas.
Dalam sedutan video tersebut, lelaki berkenaan kelihatan ‘seronok’ dengan berita pemergian Arwah Abang Ali.
Video berdurasi 10 minit itu memaparkan lelaki berkenaan membangkitkan isu bahawa Arwah pernah memukulnya semasa sekolah menengah. Malah dia seolah mempersoalkan kenapa perlu doakan kebaikan untuk arwah yang telah meninggal dunia beberapa hari lalu.
Lelaki ini turut menyatakan bahawa Tuhan itu lebih gangster dari arwah sehingga mengambil nyawa arwah Abang Ali dengan cara yang disifatkannya tidak baik.
Paling mengejutkan, lelaki ini juga menggelarkan arwah sebagai ‘Beruk’.
BACA JUGA :
Abang Ali Semboyan meninggal dunia – Yusuf Azmi
PPIM tuntut penjelasan dakwaan ramai banduan Penjara Kajang mati selepas suntikan dos ketiga
Gempar !!! PPIM dan doktor hantar surat mahkamah kepada KKM