Tukang gunting rambut pasrah dibotakkan, rupanya tersalah potong rambut pelanggan

Malangnya, seorang tukang gunting rambut terpaksa membotakkan kepalanya akibat ketidaksenangan seorang pelanggan terhadap perkhidmatannya.

Menurut laporan dari portal Oddity Central, seorang pelancong dari Rusia mengunjungi kedai gunting rambut

Tempat yang dikenali sebagai ‘Salute Barbershop’ di Pattaya, Thailand, untuk mendapatkan potongan rambut.

Tukang gunting rambut pasrah dibotakkan, rupanya tersalah potong rambut pelanggan

Lelaki tersebut kemudian menunjukkan gaya potongan rambut yang diinginkannya kepada tukang gunting rambut yang dikenali sebagai Supachai, menggunakan isyarat kerana disyaki tidak fasih berbahasa Inggeris.

Namun, pelancong tersebut nampaknya tidak puas dengan potongan rambut yang dilakukan oleh Supachai, lalu mengambil pencukur dan mencukur rambut tukang gunting itu.

Baca Artikel Penuh