Tiada pun pembukaan Chatime baru, Netizen bengang tertipu dengan Neelofa

Oleh MHDAILY

Jika pada hujung minggu lalu tular mengenai majlis perkahwinan Neelofa bersama jejaka pilihannya, PU Riz yang didakwa tidak mematahi SOP sekaligus menjadi siasatan pihak polis, pasangan ini sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas disahkan berada di Langkawi.

Apa yang menjadi persoalan netizen adalah bagaimana pasarangan ini berpeluang untuk merentas khususnya daripada negeri berstatus Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Langkawi yang berstatus Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Walau bagaimanapun, segalanya terjawab pada malam tadi selepas disahkan Neelofa dan PU Riz disahkan berada di Langkawi apabila Chatime Malaysia selaku francais rangkaian minuman bubble tea tampil dengan sebuah kenyataan rasmi memaklumkan pasangan ini ke Langkawi atas pembukaan cawangan dan bakal turut membuat lawatan ke Sungai Petani dan Kangar.

Baca Artikel Penuh