Tiada bazar ramadan, orang ramai bersesak di gerai tepi jalan di Kelantan

Oleh MHDAILY

Masuk hari ke-19 pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) di Kelantan dan ketiadaan bazar Ramadan nampaknya tidak memberi jaminan bahawa masyarakatnya mengambil tanggungjawab yang tegas dalam usaha mengekang penularan Covid-19.

Usaha kerajaan negeri melarang operasi bazar Ramadan seolah-olah tidak memberi impak besar.

Ini selepas peniaga mengambil peluang membuka gerai jualan di tepi-tepi jalan sekali gus mengajak orang ramai berkerumun dan mewujudkan kesesakan.

Baca Artikel Penuh