Terkini !!! Permohonan i-Citra mula dibuka hari ini

Terkini !!! Permohonan i-Citra mula dibuka hari ini

Permohonan i-Citra mula dibuka hari ini.Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berusia 55 tahun ke bawah boleh membuat permohonan pengeluaran i-Citra mulai hari ini, tiga hari lebih awal daripada tarikh ditetapkan.

Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP, memaklumkan permohonan itu boleh dibuat melalui laman sesawang icitra.kwsp.gov.my.

Bagi memudahkan permohonan dalam talian i-Citra, ahli dinasihatkan untuk memastikan nombor telefon bimbit mereka adalah sama seperti dalam rekod KWSP bagi urusan penerimaan ‘one-time password’ (OTP), di samping mempunyai akaun bank yang masih aktif untuk bayaran pengeluaran terbabit.

i-Citra

i-Citra membolehkan ahli yang layak untuk membuat pengeluaran simpanan KWSP mereka sehingga jumlah maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam akaun 1 dan 2
Menurut kenyataan itu, pembayaran pertama i-Citra dijangka dikreditkan ke dalam akaun bank pencarum mulai bulan depan.

Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar sehingga lima kali bayaran iaitu sebanyak RM1,000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan.

i-Citra diperkenalkan selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun lalu.

Ia adalah inisiatif jangka pendek bagi membantu pencarum yang terkesan dengan cabaran ekonomi akibat pandemik COVID-19 serta mengimbangi keperluan masa kini dan masa depan ahli.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/permohonan-icitra-dibuka-hari-ini-307943

Jika Terlepas: Terkini !!! KWSP umum permohonan i-Citra bermula esok