Setelah dihitung, sokongan Muhyiddin hanya tinggal banyak ni…

Setelah dihitung, sokongan Muhyiddin hanya tinggal banyak ni…

Tulisan kali ini mungkin akan mengundang kecaman penyokong PH, tapi biarlah aku tulis jugak supaya mesej ini sampai.

Hari ini aku rajin sikit untuk go through senarai nama MP. Persoalan yang dah lama tak terjawab ialah Muhyiddin sekarang ada berapa sokongan sebenarnya? Setelah ditilik-tilik, aku boleh kata jumlah MP yang tolak Muhyiddin paling kurang adalah 117 orang (majoriti mudah 111, tolak 2 kerusi kosong).

Ini termasuklah PH, Pejuang, Warisan, dan sebahagian Umno, berdasarkan mood dan petanda-petanda yang ada.

Sokong Muhyiddin: 103
Tolak Muhyiddin: 117

Aku yakin 3 MP PKR yang melompat hari tu akan kembali semula (jadi 120) dan GPS mungkin akan bersama membentuk kerajaan yang lebih stabil dan kukuh untuk mengurus krisis negara. Masa itu jumlah Kerajaan Perpaduan (atau apa saja istilah yang kau nak sebut) akan jadi paling kurang 138 MP.

Dah menjadi rahsia umum yang kerajaan Muhyiddin susah nak jatuh sebab pembangkang berselerak. Antara punca utama pembangkang tak boleh buat united front untuk ambil alih kerajaan ialah sebab PH tetap dengan calon PM yang sama iaitu Anwar Ibrahim. Sebab tu aku tulis 117 tu MP tolak Muhyiddin, bukan MP sokong Anwar.

Ya, ya, Anwar ni memanglah hebat, pidato sedap, menteri kewangan terbaik Asia, Ketua Pembangkang, boleh talipon Syeikh Qaradhawi, keluar masuk penjara, diterajang dihina. Tapi..tapi..tapi, apa yang PH dapat? Pejuang lari, Warisan lari, Umno pun sampai berpecah sebab dasar No Anwar punya pasal.

Katakan berlaku undi tak percaya di Parlimen, krisis politik kita akan jadi lagi bingung sebab undi tolak Muhyiddin (117) tidak pernah sepakat kepada seorang calon PM, termasuk DSAI. We can’t afford to have another vacuum macam yang berlaku lepas Langkah Sheraton (seminggu PM interim), kalau lepas Muhyiddin jatuh tapi calon PM baru tak dapat dinamakan secara konsensus.

Kalau awak kata PN gila sebab dok buat benda sama tapi Covid makin memburuk, PH pula gila jugak dok guna formula sama untuk tubuhkan kerajaan baru. Formula yang sama ni sudah terbukti gagal berkali-kali dan sudah setahun lebih kita buang masa sejak Langkah Sheraton. Bila demokrasi diperkosa sampai tahap ni dan Agong dah bertitah pun, masih takde jalan keluar.

Hari tu aku ada tulis negara kita bukan saja ada krisis kesihatan dan krisis ekonomi, tapi juga krisis politik sebab berlaku deadlock antara parti-parti politik. (Link: https://www.facebook.com/mhafizulhilmi/posts/6028330343844585).

Aku fikir salah satu jalan keluar yang boleh dirundingkan ialah; PH sebagai blok terbesar yang stabil cadanglah nama alternatif sebagai calon PM, untuk dapatkan sokongan majoriti MP dan reset balik politik Malaysia ni dengan pendekatan Kerajaan Perpaduan (atau apa saja nama yang berkenan asalkan boleh tubuh satu kerajaan yang dapat merangkul kepercayaan majoriti rakyat dari pelbagai parti), khusus untuk selesaikan krisis negara.

PM sementara lah lebih kurang.

Awak bincanglah sesama pimpinan siapa yang boleh jadi calon alternatif. Tapi kalau tanya aku tokoh yang berpotensi, tak banyak politiking, nampak ikhlas bekerja, konfiden, dan disenangi ramai, mungkin boleh pertimbangkan Dr Dzulkefly Ahmad (bekas Menteri Kesihatan). Kalau ada yang tak setuju carilah best candidate yang lain.

Yang penting kena buang buah-buah busuk yang heret negara ke kancah krisis dan tak hormat peranan YDP Agong.

Dalam masa 2 tahun ni lantiklah jawatankuasa bi-partisan untuk cari jalan keluar masalah ekonomi, kesihatan, dan pendidikan. Misalnya hal ekonomi boleh tubuh Majlis yang melibatkan orang-orang lama macam Anwar ke, Mahathir ke, Najib ke, Ku Li ke, Shafie ke, hanya untuk gabungkan kekuatan dan pengaruh antarabangsa masing-masing.

Kalau Mahathir nak ajak Robert Kuok sekali lagi pun ikut dia lah. Yang penting buat gencatan politik, peruntukan bagi sama rata, GLC serah kepada bisnesman dan jangan dibuat umpan untuk beli MP.

Bila tiba PRU-15 nanti, PH bolehlah calonkan balik Anwar, BN calonkan Zahid, PN calonkan Hadi Awang sebagai calon PM. Masalahnya sekarang nak PRU-15 pun tak nampak bayang bila boleh dibuat.

Selagi PH tak selesaikan deadlock calon PM yang boleh diterima oleh parti-parti dalam ‘Kerajaan Perpaduan’, selagi itu kita akan stuck dengan Muhyiddin/PN yang tiada legitimasi dan sudah hilang kepercayaan majoriti rakyat. Dan janganlah cakap PN gila dok buat benda sama berulang-ulang, sebab nampak gaya PH pun 2×5 gila jugak.

Sumber :

BACA JUGA : Seminggu dua lagi kes akan mulai turun, kata Dr Hisham